Buku Ilmiah: 100 Kajian Untuk Mental Upgrade – Panduan Sains Minda, Psikologi & Pembangunan Diri
Original price was: RM97.00.RM67.00Current price is: RM67.00.
Komen dihantar pembaca :
“Saya suka sebab setiap kajian bukan sekadar diterangkan, tapi tuan jelaskan sekali bagaimana ia berkait dengan kehidupan seharian, emosi dan cara kita berfikir. Paling menarik, ada banyak tips praktikal yang boleh diamalkan untuk mengurangkan stres, anxiety dan membantu mencegah kemurungan. Jadi pembaca bukan sekadar dapat ilmu, tapi terus tahu macam mana nak aplikasikan. Saya juga suka bila tuan selitkan kisah-kisah kehidupan dan coretan peribadi. Ia buat kan buku ni lebih hidup, mudah difahami dan tak rasa terlalu akademik walaupun banyak berkongsi hasil kajian.” (Hilmi)
“Salam, just wanna express my gratitude for the book Such a nice book with amazing explanation!” (Adlina)
“Saya berharap, dengan izin Allah, buku ini menjadi asbab untuk saya berubah. Saya nak jadi seorang yang lebih produktif, lebih rajin, lebih konsisten, membina cara berfikir yang lebih baik dan menjadi versi terbaik diri saya” (Anonymous)
“Ini merupakan belian kedua saya. Bos saya tertarik tengok buku yang saya baca! Jadi saya hadiahkan buku ini untuk beliau” (Penjawat awam)
“Sepanjang 30+ usia saya, inilah satunya buku yang saya bawak ke hulu hilir. Pegang sambil tidurkan anak, sambil nak masak, sekarang buku ini dah jadi pemula hari saya setiap pagi. Terima kasih Tuan Amirul hasikan karya yang terbaik. Buku mental upgrade ni adalah bacaan yg paling ohsem, ilmiah dan santai “ (Dr. Anonymous)
_________
Siapa Saya?
Saya Amirul Ramli. Anda mungkin ada nampak saya di TikTok, yang pakai tshirt kelabu, berkaca mata. Saya dah 14 tahun dalam bidang pembangunan diri khususnya kesihatan mental.

Sebab apa pasal mental? Saya ada ahli keluarga yang menghidap Schizophrenia (Sakit mental kronik). Bukan seorang, bukan dua orang, tapi tiga orang ahli keluarga saya menghidapnya.
Jadi di universiti saya tekun mengkaji, membaca dan mencari segala maklumat berkait penjagaan kesihatan mental demi memahami gangguan kesihatan mental ini dan menjaga mental saya sendiri.
Saya telah menjalankan seminar dan program latihan tentang kesihatan mental kepada pelajar sekolah, universiti, agensi kerajaan, swasta, badan korporat serta pelbagai lagi.

Apa anda dapat dengan buku Mental Upgrade ini?
Anda akan lebih memahami bagaimana otak anda, emosi dan tingkah laku sebenarnya berfungsi dan mempengaruhi hidup anda.
Ada 100 kajian saintifik untuk anda aplikasikan dalam kehidupan harian. Mantapkan kesihatan mental dan stabilkan emosi anda.
Setiap topik diterangkan dengan bahasa yang mudah, disertakan contoh kehidupan sebenar dan langkah praktikal supaya anda dapat menjadi individu yang lebih kuat dan yakin menguasai kehidupan!
__________
ISBN : 9786299206507
Kategori : Psikologi, Neurosains, Motivasi, Pembangunan Diri
Penulis : Amirul Ramli
Penerbit : Mental Kuat Centre
Muka Surat : 430 (Bahasa Malaysia)
Format : Paperback
Dimensions : A5

_________
Tekan “Add to cart” di bawah untuk dapatkan buku Mental Upgrade.

