Bila hidup terlalu serius, otak jadi tak fleksibel

Hidup terasa penat sebab otak terlalu sibuk menjaga imej diri sampai lupa bagaimana rasanya bermain, bebas, dan menjadi diri sendiri.

Saya suka tengok anak-anak saya bermain. Budak kecil ni mereka berlari, melompat, berguling atas rumput kemudian dalam hati kita tiba-tiba rasa macam, “bestnya kalau aku boleh buat macam tu balik.”

Tapi beberapa saat kemudian, otak secara automatiknya akan terus memintas fikiran anda.

“Eh kau, tak payah. Nanti orang tengok pelik.”
“Nanti baju kotor. Nampak tak matang”
“Mengarut saja. Baik kau fikir pasal kerja saja”

Dan akhirnya anda terus buat macam biasa. Segan nak berlari bermain macam budak kecil.

Betapa cepatnya otak anda menolak idea untuk “bermain”.

Sampai satu tahap, kita jadi terlalu ambil berat dengan pandangan manusia lain sehingga otak kita sendiri tidak lagi beri ruang untuk rasa bebas.

“Hidup kita ni tak lah tertekan sangat cuma kita mudah penat sebab terlalu berkira dengan pandangan orang lain.”

Bermain Bukan Kebudak-Budakan

Menurut ahli neurosains , sifat suka bermain sebenarnya salah satu sistem emosi asas yang memang sudah “hardwired” dalam otak mamalia.

Sebab itu budak kecil suka berlari, bergurau, memanjat, mencuba benda pelik, dan ketawa tanpa fikir apa orang lain nak cakap.

Otak mereka sedang berkembang.

Bermain membantu otak belajar kawal emosi, belajar sosial, belajar mencuba dan jadi fleksibel, dan belajar menghadapi tekanan.

Kesan ini bukan untuk budak saja.

Kajian mendapati pekerja yang mempunyai sifat playful lebih kreatif. Atlet yang lebih santai pula lebih mudah masuk ke dalam keadaan “flow” ketika berlatih atau bertanding.

Maksudnya bermain bukan lawan kepada produktiviti. Boleh jadi dengan mindset bermainlah yang buat otak lebih hidup.

Terlalu Self-Conscious Buat Otak Cepat Penat

Ramai orang dewasa sebenarnya terlalu banyak “self-monitoring.”

Maksudnya otak sentiasa fikir:

“Aku nampak pelik tak?”
“Orang judge aku tak?”
“Aku nampak bodoh tak?”

Jika sesekali untuk check prestasi semasa diri ia bagus untuk kehidupan sosial. Tapi bila terlalu kuat, ia jadi tembok penghalang.

Satu kajian tahun 2019 mendapati individu yang terlalu tinggi self-monitoring cenderung menunjukkan prestasi kognitif yang lebih rendah. Sebahagian tenaga mental mereka habis untuk menjaga imej diri sendiri.

Sebab itu kadang-kadang bila terlalu fikir apa nak cakap dalam meeting, takut dilabel sekiam-sekian terus jadi kekok dan teragak-agak nak bersuara.

Tapi bila anda mula relax, mula bergurau sedikit, mula “masuk mood”, idea mula keluar lebih lancar.

Menurut psikologis , keadaan ini dipanggil “flow.”

Ketika flow berlaku, perhatian kritikal terhadap diri sendiri mula berkurang. Fokus otak berubah daripada “aku nampak macam mana” kepada “apa yang aku hendak buat.”

Dan mindset “bermain” adalah salah satu jalan paling cepat untuk masuk ke keadaan itu.

“Semakin otak terlalu sibuk menjaga imej diri, semakin sukar ia untuk rasa bebas.”

Orang Dewasa Yang Paling Seronok Hidupnya Biasanya Bukan Yang Paling Sempurna

Bila saya sebut bermain, bukanlah anda kena berkelakuan seperti kanak-kanak terus.

Kadang-kadang ia cuma:

  • cuba jalan balik ikut laluan lain (Macam bermain lah ni)
  • pesan makanan yang tak pernah cuba
  • bercakap tanpa terlalu filter semuanya
  • bergurau sedikit ketika bekerja (Walaupun mungkin tak ada orang gelak)
  • mencuba benda baru tanpa terlalu takut tak berhasil

Orang yang playful tidak membiarkan ketakutan terhadap penilaian manusia mengawal keseluruhan hidup mereka.

Dan dengan itu anda akan lebih hidup.

Similar Posts

  • Memori lemah otak dah malas menghafal

    Teknologi semakin mengambil alih fungsi memori manusia sehingga ramai mula kurang menghafal nombor telefon, arah jalan dan maklumat penting dalam kehidupan harian.

  • Anda nak tolong kawan tengah down

    Manusia tidak sentiasa perlukan jawapan. Ada masanya mereka cuma perlukan seseorang dengan rentak sistem saraf yang selari.

  • Suara dalam kepala yang tak berhenti

    Suara dalam kepala anda boleh jadi pembimbing hidup atau penjara yang menghukum diri sendiri setiap hari.