
Cara anda bercakap, mendengar dan melayan orang sebenarnya boleh mengubah emosi mereka.
Ada orang jadi lebih tenang sebab anda. Ada juga orang jadi lebih serabut sebab cara kita respon.
Menurut kajian psikologi, manusia memang sentiasa cuba mempengaruhi emosi antara satu sama lain. Kadang-kadang sebab sayang, mahu hubungan jadi lebih rapat, dan hendak orang lebih mudah bekerjasama dengan kita.
“Kadang-kadang orang tak nak dengar penjelasan dulu. Mereka nak rasa difahami terlebih dulu.”
Otak Manusia Sangat Dipengaruhi Interaksi Sosial
Penyelidik mendapati ada beberapa strategi yang biasa digunakan untuk membantu emosi seseorang jadi lebih baik.
Secara mudahnya, strategi ini terbahagi kepada dua:
- Mengalihkan emosi negatif yang ada buat sementara waktu
- Membantu mereka hadap dan proses emosi itu dengan lebih sihat
Contohnya, ada orang perlukan ketawa dan alih perhatian sedikit untuk tenangkan diri buat sementara.
Tapi ada juga orang yang lebih tenang bila dapat meluah, didengar dan diberi keyakinan semula.
Sebab itu tak semua orang perlukan nasihat secara terus. Ada mereka cuma perlukan seseorang yang betul-betul hadir.
3 Cara Mudah Untuk Membantu Emosi Orang
1. Dengar dan buat mereka rasa dihargai
Bila seseorang sedang stress, jangan terus cuba jadi penyelesai masalah.
Duduk, dengar dan beri perhatian pun dah cukup besar kesannya. Bagi mereka rasa:
- mereka penting
- mereka tidak keseorangan
- emosi mereka diterima
Ini membantu otak dan sistem saraf mereka rasa lebih selamat dan tenang.
“Bila manusia rasa diterima, sistem emosi mereka mula perlahan-lahan stabil.”
2. Bawa mereka keluar daripada emosi negatif
Kalau emosi masih berat, cuba alihkan perhatian mereka seketika.
Ajak makan. Ajak berjalan. Buat lawak (walaupun hambar). Tonton sesuatu yang kelakar.
Otak manusia ada masa perlukan rehat emosi supaya tidak tenggelam terlalu lama dalam tekanan.
Dalam masa sama, ingatkan semula tentang kekuatan diri mereka.
Selalunya seseorang itu mudah lupa yang mereka sebenarnya pernah berjaya dulu menghadapi cabaran kehidupan yang berlaku. Ingatkan mereka.
3. Bantu mereka lihat masalah dari sudut berbeza
Selepas emosi mula stabil, barulah kongsikan perspektif dengan cermat agar lebih mudah diterima.
Ketika ini:
- bantu mereka fikir dengan lebih rasional
- tunjuk peluang yang masih ada
- bantu mereka nampak bahawa situasi itu mungkin tidak seteruk yang dibayangkan
Apa pun anda nak membantu emosi orang tak perlu pun idea yang bijak, bernas, jawapan yang tepat,
Tetapi tentang tahu bila perlu mendengar, bila perlu mengalih perhatian dia, dan bila perlu berhati hati memberi perspektif baru.






