
Anda terpandang seseorang, baru saja pergi menyapa, belum sempat tegur lagi otak anda dah mula buat sesuatu dulu.
Rupanya menurut satu kajian terbaru, otak memang ada “buat persediaan sosial” beberapa saat sebelum kita bergerak untuk mendekati orang lain. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, penyelidik mengkaji bagaimana otak membuat keputusan untuk mendekati individu lain dari sudut neurosains.
“Otak bukan sekadar bertindak ketika kita bergerak. Otak sebenarnya dah bersedia untuk interaksi sosial sebelum ia berlaku lagi.”
Maksudnya, otak bukan sekadar bertindak ketika kita bergerak ke arah orang itu. Otak sambil tu dah jangkakan dan bersedia untuk interaksi sosial sebelum ia berlaku lagi.
Banyak Bahagian Otak Berubah Serentak
Kajian juga mendapati proses sosial ini bukan berlaku pada satu bahagian otak sahaja. Sebaliknya, banyak bahagian otak mula berubah secara serentak.
Satu kawasan penting yang dipanggil pallium menunjukkan peningkatan aktiviti. Kawasan ini dikaitkan dengan tingkah laku kompleks dan pemikiran sosial.
Kajian menunjukkan otak dengan corak aktiviti (social preparation) ini yang lebih kuat, didapati lebih bersosial secara keseluruhan. Maksudnya, semakin kuat “signal sosial” dalam otak anda, semakin tinggi kecenderungan anda untuk mendekati orang lain.
“Semakin kuat signal sosial dalam otak seseorang, semakin tinggi kecenderungannya untuk mendekati orang lain.”
Ini mungkin membantu menjelaskan kenapa ada individu sangat mudah mesra, suka berinteraksi dan cepat rapat dengan orang
Manakala ada individu yang lebih pasif, mengasingkan diri atau sukar memulakan interaksi sosial.
Otak Membina “Model Sosial” Sebelum Interaksi Berlaku
Otak sentiasa membuat persediaan, membaca keadaan, menjangka kemungkinan dan membina “model sosial” sebelum tindakan berlaku.
Sebab itu juga bila seseorang ada pengalaman sosial buruk, trauma, rejection atau anxiety
Otak boleh mula “predict” situasi sosial sebagai ancaman sebelum interaksi bermula lagi.
Akhirnya individu rasa penat nak bersosial, overthinking atau memilih untuk menjauhkan diri.
Rujukan :
Imri Lifshitz et al, Distinct distributed neural dynamics predict pallium-dependent social approach, Nature Communications (2026). DOI: 10.1038/s41467-026-71666-8
Journal information: Nature Communications

