
Saya lahir tahun 1990. Bukanlah tua sangat tapi bila awal tu start nombor ‘1’ memang generasi dinasor dah saya ni.
Dunia berubah pantas. Teknologi berubah. Cara kerja berubah. Cara belajar berubah. Bahkan cara manusia berinteraksi pun berubah.
Jadi persoalannya, bagaimana anda nak terus relevan dalam dunia yang sentiasa bergerak laju ini?
Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa ciri penting yang membantu anda menjadi lebih “nimble” iaitu lebih pantas menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan perubahan.
Adaptasi ni penting, itu syarat untuk terus maju kalau tak nanti anda tertinggal di belakang atau terlepas peluang untuk capai tahap tertinggi yang anda mampu.
Jangan terlalu melekat pada satu cara berfikir
Ramai orang yang tak berjaya bukannya sebab tak berapa pandai atau tak boleh fikir idea bernas. Ai pun boleh bagi banyak idea.
Cuma anda susah nak berjaya kalau terlalu terikat dengan cara lama.
Bila dunia berubah, anda tak boleh terus menggunakan formula yang sama.
Sedangkan otak yang fleksibel sentiasa bersedia untuk mengemaskini kepercayaan, pendirian, strategi dan pendekatan apabila menerima maklumat baru.
“Apa yang telah membawa anda ke sini, mungkin tidak cukup untuk membawa anda ke destinasi seterusnya.”
Dalam bahasa psikologi, ini berkait dengan cognitive flexibility iaitu keupayaan anda untuk menyesuaikan pemikiran apabila keadaan berubah.
Belajar menjadi selesa dengan ketidakpastian
Otak anda suka kepastian. Sebab tu anda tak berani nak terus berhenti belajar, resign kerja dan try buat bisnes. Risau otak anda~
Kita suka untuk tahu apa yang akan berlaku minggu depan, tahun depan atau 10 tahun akan datang.
Cumanya kehidupan ni jarang dapat memberi jaminan seperti itu.
Orang yang lebih berjaya confirm tak mempunyai semua jawapan cuma mereka lebih selesa bergerak walaupun jawapannya belum lengkap.
“Ketidakpastian bukan musuh. Ia adalah sebahagian daripada proses pembangunan diri.”
Sebab itu usahawan, pelabur dan pemimpin yang berjaya sering membuat keputusan walaupun maklumat yang mereka ada belum sempurna. Try gerak dulu, improvise along the way.
Jadikan diri sebagai pelajar sepanjang hayat
Dahulu mungkin cukup belajar sehingga tamat universiti lepas tu anda dapat kerja yang bagus, bina dan tampung kehidupan, selesai.
Hari ini tidak lagi. Kemahiran mempunyai tarikh luput. Pengetahuan mempunyai versi yang sentiasa perlu dikemaskini.
Apa yang anda tahu hari ini mungkin tidak lagi relevan beberapa tahun akan datang.
Sebab itu anda yang mampu bertahan lama tidak semestinya yang paling pintar tetapi anda yang paling cepat belajar perkara baru.
Anda sentiasa membaca. Sentiasa bertanya. Sentiasa mencuba.
Dan sentiasa bersedia mengakui bahawa anda masih belum tahu segalanya.
Dulu saya kecik-kecik mak ayah bela ayam. Kadang-kadang kami kejar sebab nak sembelih. Bukan senang nak tangkap ayam tau.
Ayam yang berhenti bergerak akan mudah ditangkap. (Confirmlah~)
Dalam kehidupan moden, kekuatan terbesar bergantung kepada keupayaan anda untuk terus bergerak, menyesuaikan diri apabila keadaan berubah.






