
Bayi mungkin belum boleh bercakap. Belum boleh berjalan. Malah pada usia tiga bulan, nak pegang mainan dengan stabil pun belum tentu boleh.
Tetapi kalau anda nak tahu otaknya sudah bekerja keras. Anak saya paling kecil 1 tahun 10 bulan. Waktu ni lagi lah bukan main ligat lagi.
Setiap hari bayi sedang melihat wajah, mendengar suara, merasakan sentuhan dan cuba memahami satu persoalan asas:
“Apa yang biasanya berlaku selepas ini?”
Sebab otak manusia sebenarnya sangat bergantung kepada prediction.
Tiga kajian terbaru yang diketuai penyelidik perkembangan Denise Werchan dari University of California, Irvine menunjukkan bahawa apabila dunia seorang bayi terlalu tidak menentu, otaknya mungkin mula menyesuaikan cara ia memberi perhatian, memproses maklumat dan mengawal sistem saraf.
Menariknya, penyelidik membezakan antara kemiskinan dengan ketidakstabilan keluarga.
Sebuah keluarga mungkin tidak mempunyai banyak sumber kewangan, tetapi kehidupan hariannya stabil dan boleh dijangka.
Sebaliknya, keluarga yang mempunyai lebih banyak sumber pun boleh mempunyai suasana rumah yang sangat tidak menentu.
Perbezaan ini nampaknya penting kepada perkembangan bayi.
Otak bayi adalah mesin yang sentiasa membuat ramalan
Werchan menggambarkan bayi sebagai “prediction machines.”
Otak bayi sentiasa memerhatikan pola.
Apabila sesuatu berlaku berulang kali dalam urutan yang hampir sama, otak mula membina expectation.
Contohnya, bayi menangis → ibu datang → bayi dipeluk → suara lembut didengar → badan kembali tenang.
Apabila pola seperti ini berlaku secara konsisten, dunia perlahan-lahan menjadi sesuatu yang boleh dijangka.
Keupayaan menjangka ini kemudiannya menjadi asas kepada perhatian, pembelajaran dan emotional regulation.
Dalam satu kajian melibatkan 160 bayi berusia antara 3 hingga 12 bulan, penyelidik melihat bagaimana ketidakstabilan akses kepada keperluan seperti makanan, utiliti dan tempat tinggal berkait dengan perhatian bayi.
Bayi daripada rumah yang sumbernya lebih berubah-ubah didapati lebih kerap mengalihkan pandangan ketika menjalani visual attention task.
Dalam kehidupan yang sentiasa berubah, terlalu fokus kepada satu sumber maklumat mungkin bukan strategi terbaik.
Otak mungkin belajar:
“Jangan tengok satu benda terlalu lama. Tengok sekeliling. Keadaan boleh berubah bila-bila masa.”
Tingkah laku yang kelihatan dalam satu persekitaran mungkin sebenarnya merupakan adaptasi kepada persekitaran yang lain.
Ini satu prinsip penting dalam developmental psychology. Tapi tidak semua perbezaan perkembangan semestinya deficit.
Kadang-kadang otak sedang menyesuaikan diri dengan dunia yang sering dialaminya.
Cara kita berinteraksi dengan bayi juga mempunyai “rhythm”
Kajian kedua penyelidik melihat interaksi antara penjaga dan bayi berusia hanya tiga bulan.
Sebanyak 104 bayi diperhatikan ketika bermain bersama penjaga mereka selama lima minit.
Penyelidik mengkaji perubahan antara beberapa signal seperti suara, eye contact, dan sentuhan.
Ada interaksi yang mempunyai pola lebih predictable. Ada pula yang sentiasa berubah tanpa pola yang jelas.
Contohnya, penjaga bercakap → berhenti → menyentuh bayi → membuat eye contact → bercakap semula dengan urutan yang agak konsisten.
Bagi otak bayi, pola seperti ini lebih mudah dipelajari.
Werchan menggunakan analogi interaksi predictable seperti mendengar lagu kanak-kanak yang kita sudah kenal melodinya.
Kita tahu lebih kurang apa yang akan datang selepas ini.
Interaksi yang sangat unpredictable pula seperti random music improvisation.
Menarik, tetapi sukar diramal.
Kajian mendapati bayi yang mengalami interaksi penjagaan yang kurang predictable menunjukkan aktiviti frontal otak yang lebih rendah, kawasan yang berkaitan dengan perhatian dan pemprosesan maklumat.
Mereka juga menunjukkan heart rate variability yang lebih rendah.
HRV sering digunakan sebagai salah satu petunjuk fleksibiliti autonomic nervous system dalam menyesuaikan diri dengan perubahan.
Dan perkara ini dapat dilihat seawal usia tiga bulan.
Sebelum bayi boleh bercakap, berjalan atau memahami bahasa, sistem sarafnya sudah belajar sama ada dunia di sekelilingnya boleh dijangka atau tidak.
Ini tidak bermaksud ibu bapa perlu hidup mengikut jadual yang sempurna.
Bayi tidak memerlukan kehidupan seperti robot.
Tetapi rutin kecil yang konsisten mungkin membantu otak membina expectation.
Cara kita menyambut tangisnya. Nada suara. Waktu tidur. Cara bermain. Ritual sebelum tidur.
Semua ini menjadi pattern yang dikumpulkan oleh otak kecil mereka setiap hari.

Bukan sekadar bayi, kesihatan mental ibu juga penting
Kajian ketiga melihat isu daripada sudut yang berbeza.
Penyelidik mengkaji 81 pasangan ibu dan bayi dan memberi perhatian kepada satu neurosteroid semula jadi dalam susu ibu yang dipanggil allopregnanolone.
Allopregnanolone terlibat dalam regulation sistem saraf dan mood.
Versi sintetik bahan yang berkaitan dengan laluan ini juga digunakan dalam rawatan postpartum depression.
Kajian tersebut mendapati tahap allopregnanolone dalam susu ibu mungkin membantu mengurangkan hubungan negatif antara psychological distress ibu selepas bersalin dengan keupayaan bayi mengawal emosi dan tingkah laku.
Tetapi penyelidik tidaklah mengatakan
“Ibu mesti menyusu badan kalau mahu bayi berkembang dengan baik.”
Cuma ia satu kemungkinan biological pathway. Tapi tak salah jika diberi perhatian.
Mesej yang jauh lebih besar ialah bahawa kesihatan mental ibu sendiri perlu diberi perhatian.
Postpartum depression dan anxiety bukan perkara kecil.
Apabila kita membantu seorang ibu mendapat tidur, sokongan sosial, rawatan dan ruang untuk pulih, kita sebenarnya bukan sahaja membantu ibu tersebut.
Kita turut membantu menyediakan environment yang lebih stabil kepada bayi.
Menyokong ibu bapa mungkin merupakan antara cara paling direct untuk menyokong perkembangan otak seorang kanak-kanak.
Dan mungkin inilah takeaway paling penting daripada ketiga-tiga kajian ini.
Kita sering bercakap tentang memberikan bayi mainan terbaik, susu terbaik, pendidikan awal terbaik atau stimulasi terbaik.
Tetapi otak bayi mungkin mencari sesuatu yang jauh lebih asas terlebih dahulu iaitu
predictability.
Adakah orang yang saya perlukan biasanya ada? Adakah rutin saya mempunyai pola? Adakah dunia saya cukup stabil sehingga saya boleh berhenti berjaga-jaga dan mula belajar?
Sebab perkembangan kanak-kanak tidak hanya bergantung pada berapa banyak resources yang dimiliki sebuah keluarga.
Kadang-kadang perkara yang paling penting ialah sejauh mana dunia kecil seorang bayi terasa selamat, konsisten dan boleh dijangka.
Artikel lanjut
Lissete A. Giménez et al, Exploring the impact of unpredictability of household resources on infant attention, Infant Behavior and Development (2026). DOI: 10.1016/j.infbeh.2026.102226
Denise Werchan et al, Unpredictable caregiving is associated with disrupted neurophysiological measures of attention and autonomic function in three-month-old infants, Developmental Cognitive Neuroscience (2026). DOI: 10.1016/j.dcn.2026.101688
Denise M. Werchan et al, Maternal Milk Allopregnanolone May Buffer Negative Associations Between Maternal Postpartum Psychological Distress and Infant Regulatory Capacity, Developmental Psychobiology (2026). DOI: 10.1002/dev.70121





