Ini perangai orang genius yang selalu disalah faham

Orang bijak tidak semestinya nampak paling meyakinkan. Ada masanya pemikiran mereka terlalu dalam hingga sukar difahami dengan segera.

Ramai orang bayangkan individu bijak ini jenis yang sentiasa nampak yakin, laju memberi jawapan dan jarang berubah pendapat.

Macam dalam drama siri Suit yang peguam tu kalau anda ada tengok. Tak pun macam The Mentalist. Watak utama yang genius ni nampak yakin bila bercakap.

Tetapi realitinya, otak yang cerdas selalunya lebih kompleks daripada itu.

Kadang-kadang mereka nampak ragu-ragu, terlalu banyak fikir atau terlalu panjang menjelaskan sesuatu. Dan disebabkan itu, mereka mudah disalah faham.

“Orang bijak bukan sentiasa nampak paling yakin. Ada masanya mereka mudah dan cepat mengubah fikiran.”

1. Tetiba tukar pendapat ketika sedang berbincang

Anda pernah ada kawan yang sedang bercakap tiba-tiba berhenti lepas tu kata:

“Aku rasa aku silap tadi.”

Ramai orang nampak benda ini sebagai tidak yakin atau tidak tetap pendirian. Tetapi dari sudut psikologi kognitif, ini sebenarnya boleh menjadi tanda fleksibiliti mental yang tinggi.

Kajian tahun 2024 dalam Cognitive Research: Principles and Implications mendapati individu dengan tahap fluid intelligence yang lebih tinggi lebih mudah mengemaskini kepercayaan mereka apabila menerima maklumat baru.

Maksudnya, mereka tidak terlalu terikat dengan ego sendiri.

Otak mereka lebih fokus kepada ketepatan berbanding mahu nampak betul.

Sebab itu orang yang bijak selalunya lebih selesa berada dalam keadaan belum pasti. Mereka tidak tergesa-gesa mahu nampak yakin jika proses berfikir itu masih berjalan.

Masalahnya, masyarakat selalunya lebih suka nampak berkeyakinan berbanding ketepatan.

2. Terlalu banyak beri penjelasan yang tak perlu

Ada juga individu yang bila ditanya satu soalan mudah, jawapannya jadi terlalu panjang.

Mereka mula terangkan latar belakang, sejarah, konteks dan macam-macam lagi sampai orang lain penat mendengar.

Ini sebenarnya berkait dengan satu fenomena psikologi yang dipanggil Curse of Knowledge.

Apabila seseorang terlalu mahir dalam sesuatu bidang, otaknya mula sukar membayangkan bagaimana rugi rasanya kalau orang lain tidak tahu tentang perkara itu.

Jadi bila mereka menjelaskan sesuatu, mereka terus bercakap dari tahap pemahaman mereka sendiri, bukan dari tahap pemahaman pendengar.

“Orang yang jenis selalu overexplain ni boleh jadi sebab otak mereka dah terlalu lama hidup dalam dunia itu. Pengetahuan yang terlalu meluas”

Sebab itu pakar, jurutera, penyelidik atau individu yang banyak berfikir kadang-kadang nampak terlalu kompleks ketika bercakap.

Mereka sebenarnya cuba memberi gambaran penuh supaya orang benar-benar faham. Tetapi kesannya, komunikasi menjadi terlalu berat untuk diterima.

Kepintaran Tidak Selalu Nampak Kemas

Hakikatnya, kepintaran tidak semestinya datang dalam bentuk yang tersusun, yakin dan mudah difahami.

Ada orang bijak yang sering berubah pendapat kerana otaknya sentiasa mengemaskini maklumat.

Ada juga yang terlalu panjang menjelaskan sesuatu kerana terlalu banyak struktur pemikiran dalam kepala mereka.

Jadi lain kali bila seseorang nampak terlalu banyak berfikir atau terlalu detail ketika bercakap, bercakap tak boleh henti sampai penerangan yang macam tak berkaitan mungkin itu tanda mereka genius sebenarnya!

Similar Posts

  • Suara dalam kepala yang tak berhenti

    Suara dalam kepala anda boleh jadi pembimbing hidup atau penjara yang menghukum diri sendiri setiap hari.

  • Memori lemah otak dah malas menghafal

    Teknologi semakin mengambil alih fungsi memori manusia sehingga ramai mula kurang menghafal nombor telefon, arah jalan dan maklumat penting dalam kehidupan harian.

  • Anda nak tolong kawan tengah down

    Manusia tidak sentiasa perlukan jawapan. Ada masanya mereka cuma perlukan seseorang dengan rentak sistem saraf yang selari.