
Bila last anda bercucuk tanam? Saya dah lama tak sejak duduk atas langit (rumah tingkat atas)
Pegang tanah. Tanam pokok. Siram. Cabut rumput. Tengok pokok yang kita tanam perlahan-lahan membesar.
Satu systematic review dan meta-analysis yang diterbitkan dalam BMC Public Health mendapati aktiviti berkebun seperti ini boleh membantu meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa yang hidup dengan penyakit kronik.
Kajian oleh Feifei Wang dan Szilvia Boros ini menggabungkan data daripada 23 kajian melibatkan 4,535 peserta.
Peserta bukan semuanya orang yang sihat.
Ada yang hidup dengan tekanan darah tinggi, obesiti, sakit kronik, kanser, masalah kognitif, dementia, anxiety dan kemurungan.
Purata umur peserta sekitar 54 tahun dan kira-kira dua pertiga adalah wanita.
Berkebun bukan setakat mendatangkan hasil dalam sesetengah keadaan, proses berkebun itu sendiri boleh jadi ruang untuk otak dan emosi anda pulih
Berkebun nampaknya lebih kuat kesannya pada kesihatan mental
Penyelidik membahagikan kesan aktiviti berkebun kepada tiga kategori utama iaitu kesihatan mental, kesihatan fizikal dan kesihatan umum.
Untuk kesihatan mental, mereka melihat perkara seperti anxiety, stress, depression, mood dan loneliness.
Hasil analisis menunjukkan aktiviti berkebun memberikan peningkatan sederhana terhadap kesihatan mental.
Peserta yang terlibat dengan aktiviti seperti menanam, menyiram, menjaga tanaman dan menuai menunjukkan simptom kemurungan serta keresahan yang lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengikuti aktiviti berkebun.
Ini menarik kerana berkebun sebenarnya melibatkan beberapa perkara dalam satu masa.
Kita bergerak secara fizikal, berada di luar rumah selalunya dan terdedah kepada persekitaran hijau. Kita melakukan aktiviti yang mempunyai tujuan.
Dan dalam community gardening, kita juga mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.
Semua faktor ini berpotensi menyumbang kepada kesejahteraan psikologi.
Dalam kalangan warga emas atau individu yang mempunyai masalah kognitif seperti dementia, rutin berkebun juga boleh memberikan struktur aktiviti, rangsangan sensori dan interaksi sosial.
Otak kita sesekali perlukan aktiviti semula jadi, pergerakan, cahaya matahari, alam dan sesuatu yang boleh kita perhatikan dan nantikan setiap hari.
Walaupun kesannya terhadap kesihatan mental agak menjanjikan, hasil kajian untuk kesihatan fizikal tidak begitu kuat.
Penyelidik melihat beberapa ukuran seperti tekanan darah dan fungsi kognitif.
Secara keseluruhan, aktiviti berkebun hanya menunjukkan kesan yang kecil terhadap general health dan kesan yang hampir tidak ketara terhadap physical health.
Berkebun memang melibatkan pergerakan, tetapi intensitinya mungkin tidak cukup tinggi untuk menghasilkan perubahan fisiologi yang besar dalam tempoh masa yang pendek.
Ia lebih sesuai dilihat sebagai aktiviti sokongan kepada gaya hidup dan rawatan sedia ada.

Berkebun mungkin bantu kerana ia mengubah cara kita hidup
Kajian ini tidak dapat menentukan satu mekanisme khusus yang menyebabkan berkebun membantu kesihatan mental.
Tetapi kita boleh lihat bahawa berkebun menggabungkan beberapa elemen yang memang relevan kepada kesejahteraan psikologi.
Ada pergerakan, rutin, sensory stimulation, exposure kepada alam semula jadi. Ada rasa pencapaian apabila sesuatu yang kita tanam mula tumbuh.
Dan kalau dilakukan secara berkumpulan, ada hubungan sosial.
Dalam konteks orang yang hidup dengan penyakit kronik, perkara seperti ini boleh menjadi sangat penting.
Apabila seseorang sudah lama hidup dengan penyakit, kehidupan boleh mula berputar sekitar appointment hospital, ubat, simptom dan pemeriksaan kesihatan.
Aktiviti seperti berkebun memberikan satu ruang di mana seseorang boleh kembali melakukan sesuatu yang mempunyai makna kehidupan.
Kesimpulannya, bukti semasa menunjukkan therapeutic gardening mempunyai potensi sebagai salah satu pendekatan sokongan untuk meningkatkan kesejahteraan mental, terutama dalam kalangan orang dewasa yang hidup dengan penyakit kronik.
Kita tak perlu pun terus ada kebun besar.
Beberapa pasu pokok di halaman rumah pun sudah cukup untuk memulakan satu rutin baru.
Tanam. Siram. Jaga. Tunggu.
Dan mungkin sepanjang proses menjaga sesuatu itu tumbuh, sedikit sebanyak kita juga sedang menjaga diri sendiri.
Rujukan:
Wang, F. & Boros, S. Effect of gardening activities on domains of health: a systematic review and meta-analysis. BMC Public Health.





