Mungkin anda tak malas, mitochondria yang problem

Bagaimana jika mood, stres dan motivasi anda hari ini bukan hanya ditentukan oleh otak, tetapi juga oleh mitochondria?

Kemalasan melanda? Mungkin yang menentukan mood anda hari ini bukan otak

tetapi mitochondria.

Ramai orang fikir segala-galanya bermula daripada otak.

Kalau stres, salahkan otak. Bila tak rajin, dikata mindset tak kuat. Kalau hilang motivasi, salahkan kehidupan. Kalau cepat marah, kita fikir kena setelkan emosi atau cara berfikir.

Tetapi bagaimana jika ada satu struktur yang jauh lebih kecil sedang mempengaruhi semua itu?

Namanya mitochondria.

Mungkin anda masih ingat subjek Sains, cikgu ajar pasal mitochondria. Ia ialah “powerhouse of the cell”.

Hakikatnya, fungsi mitochondria jauh lebih besar daripada sekadar menghasilkan tenaga.

Suatu eksperimen pernah menempatkan seorang peserta di dalam sebuah bilik metabolik khas selama 24 jam. Tidak tidur siang, tiada makanan selain mengikut jadual yang ditetapkan, malah sampel darah diambil setiap jam termasuk ketika sedang tidur.

Tujuannya untuk memahami berapa banyak tenaga yang digunakan oleh tubuh manusia walaupun ketika sedang berehat.

Apabila saintis mengkaji persoalan tenaga dengan lebih mendalam, mereka berulang kali kembali kepada struktur yang sama.

Mitochondria.

“๐˜š๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ช, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข. ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ต๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ.”

Mitochondria tidak hanya menghasilkan tenaga

Apa yang ramai tidak tahu, mitochondria bukan sekadar menghasilkan ATP sebagai sumber tenaga sel.

Ia turut membekalkan bahan asas untuk penghasilan neurotransmiter seperti glutamate dan acetylcholine yang penting untuk fungsi otak, pembelajaran dan pergerakan otot.

Mitochondria juga terlibat dalam penghasilan hormon seperti kortisol, testosteron dan estrogen. Ia mengawal isyarat kalsium yang menentukan pengecutan otot, komunikasi antara sel dan juga gen mana yang dihidupkan atau dimatikan.

Malah, apabila sesuatu sel rosak dan tidak lagi selamat untuk tubuh, mitochondria memainkan peranan penting dalam mengaktifkan proses kematian sel secara terancang.

Sebab itu ramai penyelidik kini melihat mitochondria sebagai pusat kawalan tenaga kehidupan.

Mood, tidur, tekanan, kehendak seksual, proses penuaan malah keupayaan badan untuk pulih daripada penyakit semuanya memerlukan tenaga yang datang daripada sistem ini.

Emosi juga menggunakan tenaga

Bayangkan anda diminta naik ke pentas untuk memberi ucapan secara tiba-tiba.

Jantung mula berdegup laju. Tapak tangan berpeluh. Nafas menjadi pendek.

Kita selalu kata, “Saya gementar.”

Tetapi dari sudut biologi, tubuh sedang meningkatkan penggunaan tenaga untuk memastikan anda bersedia menghadapi ancaman yang dirasakan.

Perasaan cemas memerlukan tenaga. Berfikir dah tentu memerlukan tenaga. Mengawal emosi lagi lah memerlukan tenaga.

Malah proses untuk sembuh daripada penyakit atau pulih selepas mengalami tekanan psikologi juga memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi.

Inilah sebabnya ada penyelidik memperkenalkan konsep “energetic view of life”, iaitu hampir setiap fungsi kehidupan mempunyai kos tenaga.

“๐˜‰๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ.”

Kajian menunjukkan bahawa tindak balas terhadap stres banyak dipengaruhi oleh keadaan mitochondria.

Apabila fungsi mitochondria terganggu, corak tindak balas terhadap tekanan juga berubah.

Kajian lain berkaitan simptom seperti kebimbangan dan kemurungan turut menemui corak yang sama.

Sel otak mereka sering menunjukkan gangguan fungsi mitochondria dan bila fungsi mitochondria dipulihkan, tingkah laku yang menyerupai keresahan juga berkurangan.

Apa pun ini tidak bermaksud semua masalah mental berpunca daripada mitochondria.

Tetapi ia menunjukkan bahawa sistem tenaga badan memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.

Mungkin kita terlalu menyalahkan diri sendiri

Selama ini kita sering bercakap tentang disiplin, motivasi dan mindset.

Seolah-olah semuanya hanya bergantung kepada kekuatan fikiran.

Sedangkan fikiran itu sendiri memerlukan tenaga untuk berfungsi.

Sudah tentu, perubahan hidup tetap memerlukan tindakan, latihan dan tabiat yang baik.

Namun mungkin ada masanya kita terlalu cepat melabel diri sebagai malas, lemah atau tidak berdisiplin.

Hakikatnya, badan mungkin sedang bekerja dengan sumber tenaga yang tidak mencukupi.

Tenaga tak cukup memang la anda rasa malas!

Sebab itu menjaga kesihatan tidur, pemakanan, aktiviti fizikal, pengurusan stres dan kesihatan metabolik bukan sekadar baik untuk badan.

Ia juga memberi kesan kepada cara otak berfungsi.

Malah ada penyelidik yang mencadangkan bahawa mitochondria mungkin bukan sekadar menyokong fungsi otak, tetapi turut menyumbang kepada bagaimana kesedaran manusia terbentuk.

Jadi kesihatan mental ni bukan sekadar isu psikologi atau neurologi

tetapi juga isu tenaga.

“๐˜”๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ณ๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ช.”

Nak jaga mitochondria? Kajian mencadangkan buat senaman sederhana 30โ€“40 minit (masih boleh bersembang), strength training, intermittent fasting 14โ€“16 jam, kena cahaya matahari waktu pagi, mandi air sejuk dan jangan membazirkan tenaga bergaduh dengan stranger di media sosial!

Similar Posts

  • Anda belum buka mulut, otak dah rancang

    Kajian terbaru menunjukkan otak anda sebenarnya sudah mula membuat โ€œpersediaan sosialโ€ beberapa saat sebelum anda mendekati seseorang. Sebab itu pengalaman seperti rejection, trauma atau anxiety boleh membuatkan otak melihat interaksi sosial sebagai ancaman sebelum ia berlaku lagi.

  • Ini beza otak introvert dan ekstrovert

    Otak introvert dan ekstrovert memproses maklumat secara berbeza. Individu pendiam tidak semestinya bermaksud buntu idea.

  • Bila kepercayaan mampu mengubah biologi tubuh

    Kajian menunjukkan kepercayaan, jangkaan, doa dan ritual boleh mengubah aktiviti otak, sistem saraf serta tindak balas biologi tubuh.