Genius tak terus cari jawapan tapi cari soalan yang tepat dulu

Ramai mencari jawapan terlalu cepat. Orang genius percaya memahami masalah dengan mendalam adalah langkah paling penting sebelum bertindak.

Anda jangan terlalu cepat sangat mencari jawapan kepada persoalan yang bermain dalam kepala anda.

Bila gagal peperiksaan, terus cari teknik belajar. Bila stres, terus cari cara hilangkan stres. Bila perniagaan merosot, terus cari strategi pemasaran. Bukan main banyak lagi beli online course. Jadinya tak.

Bukan apa takut anda sedang cuba selesaikan masalah yang salah.

Anda pernah tak dengar orang genius punya nasihat

“Jika anda ada satu jam untuk menyelesaikan masalah, anda kena gunakan 55 minit untuk memahami masalah dan 5 minit untuk mencari penyelesaian.”

Tak kisah siapa yang nasihat tersebut tetapi apa yang lebih penting ialah prinsip di sebaliknya.

Orang biasa tergesa-gesa mencari jawapan.

Anda seorang pemikir hebat akan meluangkan lebih masa memahami masalah terlebih dahulu sebelum mencari jawapan.

Otak Kita Suka Jalan Paling Mudah

Ahli psikologi terkenal menjelaskan bahawa manusia mempunyai dua cara berfikir.

Cara pertama adalah pantas, automatik dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Cara kedua pula lebih perlahan, memerlukan analisis dan menggunakan lebih banyak tenaga mental.

Otak manusia sebenarnya sangat suka menjimatkan tenaga. Sebab itu anda mudah membuat kesimpulan terlalu cepat.

Anda nampak satu masalah, lalu terus melompat kepada penyelesaian.

Takut bila tak berjaya tu bukan sebab anda tidak cukup bijak cuma sebab terlalu cepat buat keputusan dan bertindak.

“Kelajuan bukan sentiasa sentiasa menunjukkan kebijaksanaan. Ada masanya ia menjadi musuh kepada pemikiran yang jelas.”

Sebab itu ramai pelajar menghabiskan berjam-jam mengulang kaji tetapi masih tidak mendapat keputusan yang diinginkan.

Mereka sangka masalahnya adalah kurang belajar. Hakikatnya mungkin mereka belajar dengan cara yang salah.

Ada pula yang ingat cara belajar mereka salah, rupanya tenaga mereka yang tidak optimum untuk belajar dengan efisien.

Soalan Yang Betul Akan Mengubah Jawapan

Bayangkan seorang pelajar berkata:

“Macam mana saya nak belajar lebih lama?”

Boleh jadi itu bukan masalah sebenar Dia. Dia perlu cari apa masalah utama yang dihadapi.

Soalan yang lebih baik mungkin:

“Mengapa saya mudah lupa apa yang saya pelajari?”

Sekarang penyelesaiannya berubah.

Fokus bukan lagi pada tempoh belajar, tetapi pada teknik memori, ulang kaji berselang dan latihan mengingat semula.

Begitu juga dalam kehidupan. Ramai orang bertanya

“Bagaimana saya boleh jadi lebih berjaya?”

Tetapi mungkin soalan yang lebih bersesuai untuk diri mereka ialah:

“Apakah perkara yang sedang menghalang saya daripada berjaya?”

Satu soalan yang berbeza boleh menghasilkan arah kehidupan yang berbeza.

Beza orang genius mungkin dia cuma berfikir lebih lama.

Satu lagi ciri orang genius yang sering dikongsi ialah:

“Saya bukan bijak sangat. Cuma saya hanya bersama masalah lebih lama. Kalau orang biasa mungkin dah rasa bosan dan scroll tiktok.”

Itulah kekuatan yang ramai orang tidak mahu lakukan. Duduk seketika dengan masalah.

Memerhati. Berfikir. Mencabar andaian sendiri. Mencari punca sebenar.

Dalam dunia yang bergerak pantas, kemampuan untuk berhenti dan berfikir mungkin menjadi satu kelebihan yang semakin jarang dimiliki.

Sebelum anda mencari jawapan hari ini, cuba tanya diri sendiri satu perkara

Adakah anda benar-benar memahami masalah yang sedang anda cuba selesaikan?

sebab mungkin perubahan terbesar dalam hidup akan berlaku bila anda dapat tanya soalan yang paling tepat.

Similar Posts

  • Otak anda sebenarnya boleh power multitask

    Ramai percaya multitasking mustahil. Kajian terbaru menunjukkan latihan intensif boleh mengubah otak sehingga sesuatu kemahiran menjadi automatik.

  • Gembira disebalik hidup yang membosankan

    Kehidupan yang baik mungkin tidak bergantung kepada kegembiraan. Apa yang lebih penting ialah pembinaan karakter dan pembentukan identiti.